Saturday, June 23, 2012

Indahnya Sulaman

Semalam selepas menemani ayahanda yang terlantar di hospital, setelah memastikan ayahanda nyenyak di di katil hospital..baru balik ke rumah.

Seperti biasa akan berkumandang siaran radio IKIM di dalam kereta, jiwa tenang sikit sejak berhijrah dari FLY dan HOT..ilmu yang berguna pun banyak diperolehi.tapi semalam adalah pengalaman pertama mendengar rancangan IKIM pada pukul 2 pagi..rancangan yang berkumandang adalah rancangan ulangan.

Kata-kata hikmah dari Dr.Muhaya seorang dr mata di Prince Court merangkap pendakwah...contoh ilmuan islam di akhir zaman ini...

Topik yang dibicarakan kindahan hidup tertarik dengan contoh yang berikan. Dr.Muhaya meceritakan pengalaman beliau menemui seorang Muslim yang dikurniakan hikmah Nya.

Kisah nya berkaitan seorang ibu yang sedang mengait baju sementara anaknya bermain sekitar ibu. Anak ini tertarik dengan kerja yang dilakukan ibunya,sedang ibunya mengait baju,anak tersebut akan melihat dibawahnya dan ternampak betapa buruknya simpulan-simpulan benang,anak tersebut mengulangi sebanyak 2 kali.

Setelah siap ibu tersebut mengait,lalu dipanggil anaknya dan teserlah kekaguman di wajah anak kerana baju yang telah siap itu sunggah cantik dan indah hasilnya...

Begitulah dengan kehidupan sesungguhnya Allah s.w.t sedang mengait dan menyulam kehidupan kita,dalam proses tersebut kita sebagai hambaNya yang serba kekurangan ilmu pasti hanya nampak keburukan,Namun dengan ilmu dan contoh yang telah ditunjuk oleh kekasih Nya Muhammad s.a.w, Allah s.w.t sedang menyulamkan kehidupan yang indah buat hamba-hambaNya yang beriman. Maka yakin DenganNya.

Sesungguhnya Allah s.w.t yang menciptakan kita pasti Dia lebih Maha Mengetahui diri kita, seperti mana seorang pecipta lebih mengetahui ciptaannya.

sememangnya indah sungguh sulaman Allah s.w.t jika kita lihat keindahannya....Syukur kepada Nya kerana di beri keizinan untuk mendengar ilmu yang indah Milik Nya

1 comments:

M@W@R Q@SeH said...

nice entry...Allah maha kuasa...