Friday, May 18, 2012

Bersangka Baik

Topik pagi yang dibincangkan di pagi hari di Radio IKIMfm..menarik topiknya...salah satu pendengar telah mengutarakan pendapatnya yang mudah tapi padat.

Iaitu jika kita menghindari tiga perkara dengan izin Nya dipermudahkan kita untuk bersangka baik tiga perkara itu ialah fitnah,mengumpat dan aib.

Apabila kita mengisahkan sesuatu yang tidak benar adalah fitnah,jika benar ia adalah mengumpat dan kita telah mengaibkan saudara kita yang terlibat dalam kisah tersebut.. Mudah dan padat.

Marilah kita bersangka baik terutamanya kepada Allah s.w.t, setiap apa yang menimpa kita ummah Islam kini adalah ujian terhadap kita. Marilah kita bersangka baik bahawa kini Allah s.w.t sedang menguji kesabaran dan keyakinan kita.

Marilah kita bersangka baik Allah s.w.t kini sedang mempersiapkan para pejuang Nya untuk menghadapi ujian yang paling besar bagi umat manusia..

Marilah kita bersangka baik Allah s.w.t sedang mempersiapkan diri kita untuk menjadi hamba Nya yang kuat,tabah,sabar dan tetap keyakinan bagi menghadapi ujin yang terbesar.untuk umat manusia..

Marilah kita bersangka baik Allah s.w.t  menguji keyakinan kita kepada Nya kepda kitab Nya Al-Quran.

Yakinlah kita kepada Allah s.w.t kerana sesungguhnya sudah termaktub kita umat Islam akan mecapai kejayaan untuk kali keduanya..Marilah kita bersama mempersiapkan diri untuk perjuangan yang terakhir dalam menegakkan syiar Nya di muka bumi ini dengan membawa rahmat ke seluruh alam.

Dengan izin Allah s.w.t

6 comments:

Myra Jay said...

Bersangka baik patut dijadikan amalan selalu :)

Dkna Abza said...

Jangan fikir -ve kepada orang lain sebab kita tak de hak nak menilai diri orang hanya Allah yang berhak menilainya.

wantie said...

betul. haruslah bersangka baik sesama kita supaya hati kita sentiasa di jaga

LiYa HaNiF :: said...

yup... agreed...!!

fairus said...

SEMOGA KITA SAMA-SAMA SELALU BERSANGKA BAIK..

Tinta Lana said...

Salam..saya prnh difitnah..tpi krna fitnh tu lah, saya berjaya dlm pngajian saya.. :) ia, betul.bersangka baik kata kuncinya. sentiasa berfikir positif bnyk mmbntu berdepn cbrn dlm hdp.