Sunday, May 27, 2012

Bermula Dengan Kanan

Indahnya Islam ni...walaupun sekecil amalan,ganjaran yang menanti amat luas..semalam tgk ceramah di Al Hijrah..bercerita mengenai sunnah Rasulullah s.a.w iaitu memulakan dengan kanan...

Kita biasa mengetahui makan dengan tangan kanan,masuk rumah dengan kaki kanan,memberi dan menerima dengan tangan kanan.

Tapi ramaikah yang mengetahui untuk gunting rambut di bahagian kanan dahulu,apabila guna sudu dan garpu makanan disuapkan melalui tangan kanan terutama ketika makan stek selalu suap mesti tangan kiri. Apabila menghidangkan makanan utamakan tetamu di sebelah kanan dahulu,

Bayangkan pahala yang kita perolehi jika kita bermula dengan kanan, setiap amalan harian kita yang dilakukan sehari bayangkan amalan yang diamalkan melalui kanan ada 100 untuk sehari..berapakah ganjaran yang akan diperolehi untuk setahun..

Sesungguhnya Allah s.w.t membuka peluang yang luas buat hamba-hambaNya beramal walaupun pada pandangan kita ia hanya amalan yang kecil, Maha Suci Allah s.w.t...

Marilah kita mulakan setiap amal kebaikan dengan kanan semoga dengan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w ini akan diberi ganjanran oleh Nya.


2 comments:

~ana~ said...

alhamdulillah...
satu ilmu yg baru buat saya pada hari ni..thanks for nice entry..

RH said...

Hi, Nice post! Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back.

Thanks!

Harry
harry.roger10@gmail.com