Showing posts with label amalan. Show all posts
Showing posts with label amalan. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

Bermula Dengan Kanan

Indahnya Islam ni...walaupun sekecil amalan,ganjaran yang menanti amat luas..semalam tgk ceramah di Al Hijrah..bercerita mengenai sunnah Rasulullah s.a.w iaitu memulakan dengan kanan...

Kita biasa mengetahui makan dengan tangan kanan,masuk rumah dengan kaki kanan,memberi dan menerima dengan tangan kanan.

Tapi ramaikah yang mengetahui untuk gunting rambut di bahagian kanan dahulu,apabila guna sudu dan garpu makanan disuapkan melalui tangan kanan terutama ketika makan stek selalu suap mesti tangan kiri. Apabila menghidangkan makanan utamakan tetamu di sebelah kanan dahulu,

Bayangkan pahala yang kita perolehi jika kita bermula dengan kanan, setiap amalan harian kita yang dilakukan sehari bayangkan amalan yang diamalkan melalui kanan ada 100 untuk sehari..berapakah ganjaran yang akan diperolehi untuk setahun..

Sesungguhnya Allah s.w.t membuka peluang yang luas buat hamba-hambaNya beramal walaupun pada pandangan kita ia hanya amalan yang kecil, Maha Suci Allah s.w.t...

Marilah kita mulakan setiap amal kebaikan dengan kanan semoga dengan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w ini akan diberi ganjanran oleh Nya.


Thursday, March 1, 2012

Allah Bersama.......

Semalam sewaktu balik, seperti biasa la dengar ikim..biasa sesi promosi..semalam turn excel Q minds promote seminar mereka...menarik Ustaz David Teo or David Yeoh....setiap minggu pasti di ulang kalimah yang kini dilupakan iaitu 'Allah Bersama dengan saya tiada yang mustahil' inilah kata² yang telah menjadi kita umat Islam, umat yang terbaik kerana sesungguhnya Allah lebih dekat dengan kita tanpa kita sedari..

Antara kata-kata yang dilafazkan ustaz David dalam memotivasikan para pelajar..

"Allah bersama dengan kita 100% markah senang aja"

 Marilah kita amalkannya "Allah Bersama dengan kita..." "Rezeki Allah yang beri" "Harta Allah yang Kurnia"

Mari kita pegang kata-kata ini semoga kita mejadi hamba Nya yang bertaqwa,tawadduk dan redha akan takdir Nya...


Monday, December 27, 2010

Kita Terlupa



BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa'nii (angkatlah darjatku)


Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii (sihatkan aku)


Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu. 


Semoga kita mengingatinya dan mendalami agar lebih khusyuk lagi solat kita..Insyaallah