Tuesday, October 20, 2015

Bukan Mencari Tapi Menjemput

Selalu kita akan dengar orang berkata 'susah la nak kena cari org' ini persepsi orang terutama kalo berkaitan network marketing. Sebenarnya pada pandangan peribadi persepsi itu adalah salah. Sebab kenapa perlu cari orang. Orang memang dah tersedia, Malaysia saja dah ada 30 juta orang. Kenapa nak cari orang.

Yang sepatutnya kita jemput, kongsi atau perkenalkan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Contoh Macdonalds, Secret Recipe atau syarikat lain, mereka tak cari orang tapi mereka perkenalkan produk² keluaran mereka melalui pengiklanan.

Terdapat juga syarikat² yang menggunakan khidmat sales person, mereka ini lah pengiklan bergerak syarikat dan hasil jualan dari mereka ini la syarikat membayar komisyen pada mereka.

Dan itulah kelebihan network marketing atau MLM, syarikat tidak menggunakan budget untuk iklan tapi menggunakan mereka yang menjadi ahli untuk mengiklankan produk mereka.. ahli² merupakan sales person bagi syarikat dan jika mereka berjaya menjual akan diberikan komisen.

Tapi hanya disebabkan sebahagian ahli ini yang nak cepat kaya , mereka menipu dan memburukkan industri MLM dan network marketing tapi sebenarnya terdapat perkara sebegini di industri lain. Pasti ada segelintir yang menggunakan cara kotor untuk mendapatkan hasil.

Ok la sampai di sini sahaja nukilan buat masa ni, renung²kan la ya.

.

0 comments: