Monday, July 2, 2012

Spain Menang!!!!

Spain telah dinobatkan sebagai juara Euro 2012 setelah menewaskan Italy 4-0, jaringan oleh Silva, Alba, Torres dan Matta.

Mereka telah membukti bahawa mereka merupakan pasukan terbaik dunia ketika ini, pasukan yang harus digeruni, dengan serangan yang terancang dan tidak henti-henti dan permainan menyerang yang menarik telah memastikan kemenangan mereka.

Penguasaan bahagian tengah dan kebolehan setiap jentera serangan menjaringkan gol telah memastikan kemenangan mereka. Mereka telah bermain sebagai satu pasukan yang mantap.

Tahniah Sepanyol kerana berjaya mengekalkan status juara Euro dan juga juara dunia..


1 comments:

Zul & Azizi said...

Assalamualaikum...

Minat ye...anyway tahniah kepada pemenang...

www.mylovely-cats.blogspot.com