Wednesday, October 8, 2014

Tidak Semua Baik Itu Baik

Meyelusuri perjalanan hidup sepanjang 2 minggu ini banyak betul, perkara-perkara di luar dugaan berlaku.
Harga minyak naik, tahun ini tiada kenaikan gaji dan pelbagai lagi.

Terfikir aku akan ceramah motivasi pagi di IKIMfm, bait-bait kata yang sudah terpaku di fikiran ini, 'tidak semua baik itu baik dan tidak semua tidak baik itu tidak baik' dalam betul maksudnya.

Namun apa yang aku pelajari dari kata-kata itu adalah untuk lihat perkara yang positif disebalik kekurangan atau masalah yang di hadapi.

Hidup ini bagai berniaga, tidak boleh bergantung pada satu sumber sahaja, harus pelbagaikan sumber sebagai tempat bergantung supaya tidak goyah di kemudian hari..

Setakat ini sahaja nukilan hamba yang serba kekurangan..

0 comments: