Friday, November 16, 2012

Ia Pasti Akan Tiba

Semoga Allah s.w.t menempatkan para syahid  saudara dan saudari ku di Palestin..Saudara mu di sini hanya mampu berdoa semoga Allah s.w.t teruskan memberikan kekuatan dan kesabaran..kerana sesungguhnya ini ujian bagi kalian dari Nya, menguji keimanan dan ketaqwaan mu pada Nya.

Sesungguhnya kemenangan terakhir buat kita umat Islam adalah benar dan akan tiba, kerana sesungguhnya ia janji Nya.

Saudara mu di sini hanya mampu berdoa kepada Nya memberi mu kekuatan untuk terus berjuang sehingga ke titisan darah mu dalam mempertahankan keadilan. Kami di sini sedaya upaya menginfaqkan harta kami bagi membantu mu..semoga Allah s.w.t menanamkan kekuatan padamu dan menanam rasa ketakutan kepada musuh Nya, sesungguhnya Dia lah Maha Berkuasa, setiap yang berlaku adalah dengan izin Nya, ada hikmah di atas ketentuan Nya.


1 comments:

Artzlizan said...

insya Allah akan tiba jua saat itu...