Thursday, August 30, 2012

Indah Sungguh HikmahNya

Baru lepas tgk 'My Name Is Khan' bila berpeluang melihat cerita ini hanya ucapan Maha Suci Allah yang mampu diri yang rendah dan hina mampu ucap di dalam hati ini.

Bagaimana yang Maha Esa mampu mengurniakan hikmah Nya kepada hambaNya yang engkar akan ajaran, mampu menghasilkan karya yang memartabatkan ajaran Nya. Tanpa di sedari terdapat pesanan dari Nya. Iaitu keyakinan sepenuh hati kepada Nya dan menyebarkan ajaran Nya dengan kesabaran dan penuh kasih sayang.

Seperti mana yang telah Nabi junjungan telah tunjukkan iaitu menyebar ajaran Islam dengan penuh kasih sayang dan belas ihsan, bukan dengan kekasaran dan penumpahan darah.

Syukur pada Nya yang memberi peluang buat diri ini melihat sesuatu yang tersirat, yang hanya mampu di lihat oleh mata hati, bukan mata pandangan.

1 comments:

Yuliana Wahit said...

alhamdulillah.. bersyukur dilahirkan sebagai orang islam.. :) singgah sini..