Sesungguhnya hidup ku adalah Milik Mu dan Ketentuan Mu...jalan yang Engkau sediakan untuk ku pilih menggunakan akal dan hati Kurniaan Mu tidak mampu tercapai ke Jalan Mu tanpa Hidayah Mu...
Sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya kerana sesungguhnya hamba Mu adalah lemah dan tidak berdaya....kekuatan ku, ketabahan ku dan kebijaksaan ku adalah Kurniaan Mu...tidak terjangkau oleh akan Kebijaksaan Mu....Engkau lebih mengetahui kebaikan bagi diri ku berbanding diri ku yang lemah ini..
Hamba mu redha dan tunduk akan takdir yang Engkau telah tetapkan bagi ku....semoga Engkau membantu diri ku yang lemah ini menyusuri kehidupan yang fana ini untuk berakhir ke Syurga Mu.....
Ya Allah, Ya Rabb.....engkau tempat bagi ku memohon pertolongan dan tempat bagi bergantung harap...Moga disirami diri yang lemah dan hina ini dengan kemulian,kekuatan dan ketabahan..sesungguhnya hanya Engkau yang berkuasa mengurniakannya kerana sesungguhnya Engkau la yang Maha Berkuasa, Pemilik Alam Semesta dan segala isinya.
salam ramadhan
4 years ago
0 comments:
Post a Comment