Terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai Rasulullah s.a.w, Cerita aku dengar melalui IKIMfm slot motivasi pagi...diceritakan oleh Ustaz Ghazali Ibrahim adik kepada arwah Ustaz Asri ketua kumpulan Rabbani.
Ustaz menceritakan Rasulullah s.a.w telah melakukan suatu amalan iaitu baginda akan menyuapkan makanan kepada seorang pegemis yahudi yang buta pada setiap pagi,pengemis ini setiap kali Rasulullah s.a.w memberi makanan pasti akan menghina dan mengkeji Rasulullah s.a.w dah Rasulullah s.a.w hanya mengukirkan senyuman baginda. Baginda mengamalkan sehingga baginda wafat.
Suatu hari Saydina Abu Bakar r.a bertanya kepada Saydatina Aisyah r.a adakah amalan yang Rasulullah s.a.w lakukan yang masih belum dilakukan oleh Saydina Abu Bakar. Saydatina Aisyah menjawab tiada, semua amalan Rasulullah s.a.w telah berjaya Saydina Abu Bakar lakukan. Kemudian Saydatina Aisyah teringat akan amalan Rasulullah s.a.w memberi makanan kepada pengemis Yahudi buta itu,dan memaklumkan kepada Saydina Abu Bakar.
Tanpa berlengah Saydina Abu Bakar mengambil makanan dan terus mencari pengemis tersebut, setelah berjaya dijumpai beliau teruskan menyuapkan makanan ke mulut pengemis tersebut. Pengemis tersebut yang terkejut terus meludahkan makanan yang diberi dan berkata 'Engkau pasti bukan orang yang selalu memberi makanan kepada ku'. Saydina Abu Bakar bertanya kenapa,pengemis itu menyatakan orang yang selalu memberi makanan tersebut akan menyuapkan makanan dengan lemah lembut dan makanan itu akan dilenyekkan dahulu kerana pengemis tersebut sudah lanjut usia.
Saydina Abu Bakar menitiskan air mata dan menyatakan orang yang selalu memberi makanan kepada pengemis tersebut telah meninggal dunia dan menyatakan Rasulullah s.a.w adalah orangnya. Pengemis tersebut terdiam apabila mengetahuinya,setelah tenang pengemis tersebut mengucapkan Kalimah Syahadah...
Bila mendengar cerita terasa hina diri ini, Rasulullah s.a.w yang dihina,difitnah dan dikeji masih mampu membalas dengan kebaikan. Sedang diri ini hanya diherdik sudah melenting riuh sekampung. Rasanya kita sepatut tukar ayat yang selalu dinyatakan iaitu 'Saya bukan Rasul' kepada 'Saya ingin menjadi seperti Rasulullah s.a.w'
Rasulullah s.a.w pernah menyatakan baginda diutuskan bagi melengkap akhlak yang mulia untuk seluruh manusia.....
Sekadar Berkongsi Maaf jika anda merasa bosan.
salam ramadhan
4 years ago
0 comments:
Post a Comment